Panjang lebar juga Dr Mashitah membebel dengan Fitri di TV3 dulu. Sudah menjadi dasar kebanyakan pertubuhan pro atau anti kerajaan mengutuk kenyataan kelab isteri taat, KIT. Pihak rare macam blogger aje yang ramai sokong.
Entahlah. Statement ni kalau buat secara skema, macam: isteri mesti melayan suami dengan penuh ghairah, atau ayuh panaskan ranjang anda dengan posisi baru, seperti dalam majalah wanita tu, dia punya kesan tak ada umph!
Bila buat statement mencabar minda seperti Isteri mesti layan suami seperti pelacur kelas atasan, dia punya 'makan dalam' tu bergegar sampai ke parlimen, ke paper perdana, sampai dibahaskan oleh Dr Mashitah sendiri secara live.
cursingmalay dah explain macam mana cara pelacur kelas atasan layan pelanggan dia. cikgeli pun dah tambah sikit sebanyak. Lagipun, kalau korang tonton video lucah hitam putih di GAP pun korang boleh tau. Tapi takkanlah sampai nak tengok video lucah, ye dak. Dr Mashitah kata, benda ni naluri. Jadi benda-benda naluri ni boleh tahu sendiri hatta beruk pun tahu macam mana nak beromen takkanlah kome lebih bodoh daripada beruk tak tau plug tu nak pasang tang mana, kan?
Tak ada lagi seorang suami mengadu ke pakar peranakan bahawa isteri dia tak boleh mengandung dan apabila ditanya oleh pakar tersebut bagaimana sebenarnya mereka melakukan seks, suami itu dengan bangangnya menucuk plug kepunyaan ke ketiak isterinya menyangka itu cara betul untuk buat seks.
Adik-adik kecil yang rasa tersinggung sila tutup browser ni sekarang ya. Ini bahan bacaan orang dewasa.
Sinilah point aku nak masuk. Benda naluri ni, selain aktiviti reproduction seperti seks, contoh lain adalah makan. Makan ni naluri, baby panda pun tahu cari puting ibu dia isap susu. Tapi, kita kena tahu manusia ni taraf mulia. Makan dia ada seni, ada adap, ada cara, ada tomakninah dia. At least baca doa.
Begitu juga dengan hubungan intim. Ada game dia, ada thrill dia, ada adap dia, ada stylo masing-masing yang buat benda tu hangat. Sebab manusia ni imaginasi akan hidup dan quest itu kompleks, justeru proses melaksanakan sebarang pekerjaan mereka jadi berseni. Bukan main celup saja macam kambing.
Mungkin demi mahu menyelesaikan kes laki makan luar, kelab isteri taat pun buat satu cadangan iaitu para isteri mesti tingkatkan kecekapan mereka di ranjang. Sebolehnya sampai mencapai level pelacur kelas atasan, professional. Janganlah anggap KIT ni suruh kome jadi sebijik macam pelacur tunggu laki pakai skirt pendek, blaus ketat, kaler kuku warna gelap tunggu depan pintu. Tunggu laki balik kerja.
"Pciitt... pcciiitt... bang, oo, bang... masuk bang. 30 hinggit aje."
Dia umpan laki sendiri depan lif flat nak naik rumah ala-ala pelacur. Bayangkan si isteri itu tahap makcik-makcik. Peh, pengsan.
Ramai yang bangkang statement ni termasuk Dr Mashitah sendiri aku lihat sebab sensitiviti dan tak faham konteks teguran itu setakat mana. Lalu membebellah dia menghurai keistimewaan isteri, adab2 isteri, taraf mulia wanita dalam islam bla bla bla...
Sensitif.
KIT tegur tu untuk tajuk beromen saja, tak masuk hal-hal lain. Start buka baju, sampailah mandi bersama. Itu aje. Yang kome rasa nak jadi pelacur 24 jam tu apsal. Isteri yang baik, apabila tiba time stim dia akan jadi harimau. Dia jadi buas macam beruang, gitu. Turun aje dari katil terus bertukar semula jadi sopan santun, ayu, mengaji Quran, waras dan berbudi bahasa.
Hmmm...
Walaubagaimanapun, bila orang duk fokus pada isteri, si suami pula nak kena jadi macam mana? Takkan bertepuk sebelah tangan ja?
Nak kata abang ni suami baik, tak juga. Abang ni dalam apa-apa hal sangat sederhana aje. Tapi tak salah kalo kita kongsi teori-teori yang selalu terapung-apung dalam otak kita tanpa kita ada kudrat untuk apply. After all, this is free country, take what you like, leave what you don't.
Dr Mashitah kata kalau sayang bini, nak suruh bini prepare diri sedap-sedap, wangi-wangi, seksi-seksi untuk layan laki, maka si laki itu perlu cari maid. Ha, yang ni I dont like. Abang tak berapa nak setuju. Tak percaya aku suggestion macam ni keluar dari minda dia. Somi keje Engineer, wife keje jadi House Manager, kira fair la tu. Segala aktiviti luar kerja bergantung pada kretiviti dan kesungguhan sendiri. Tak boleh jadikan alasan kerja bila buat taik atas katil.
Jadi, nasihat abang untuk bakal suami, atau untuk bakal isteri agar nanti dapat nasihatkan cik abang korang agar jadi suami terbaik untuk korang. Jadilah suami yang:
1) menten kesihatan. The best, kekalkan bisep dan six packs. Suami yg menten sihat, akan menten tenaga. Fizik sihat adalah ramuan utama untuk kesihatan mental, psikologi, hati dan iman. Acara ranjang itu mkn kacang aje.
1.5) Jangan dibiar kegagahan kita layu sebelum isteri kekejangan. Skill mesti tip top, ekselen.
2) Badan sihat tapi berlagak tak guna. Suami mesti cool, bijaksana, tenang dan berkesan. Fikiran mesti sentiasa sharp, waras dan mempunyai intelek yang dikagumi para isteri. Kalau isteri mula rasa suami bodoh dan bebal, masalah besar tu.
3) suka jamah isteri. cuit. peluk. cium. full body massage atau tantra massage. Give them 1st class spa atau massage center. Nak jadi fish terapi pun boleh. Gigit-gigit gitu.
"Abang! ikan gigit kaki aje lah, abang gigit sampai ke lutut ni napee..."
4) suka bercerita. jangan biarkan bumi melengkapkan satu pusingan orbit (24jam) tanpa ada sesi penceritaan.
5) pendengar tip top. cuma dengar tanpa komen yg kononnya membina. tak payah, buang masa aje beri penyelesaian sbb orang pompuan bila dia membebel, merungut, dia bukan nak dengar jawapan spesifik yang berkesan tetapi dia nak tengok kita concern ke dia ke tak. Itu aje. Bahkan, jawapan efektif selalunya offended. Makin dia terasa, lalu mengamuk. Kita yang rasa bangga dapat beri penyelesaian bijaksana tiba-tiba lihat penyelesaian itu diamuk oleh bini, pasti akan rasa cis!
6) Suami mesti faham bahasa NLP isteri, bahasa tanpa kata. Bahasa badan, isyarat, bahasa tersirat pada renungan mata, pinggul, bahasa period, bahasa garis-garis di wajah isteri. Perempuan ni halus, kdg2 terlalu artistik. Jarang yg suka ckp direct, ramai yang suka berlapik, kadang keterlaluan.
"It is ok, ayang naik tren aje."
Dia cakap okey, tapi muka semacam aje. Senyum pun tak jadi. Orang lelaki selalu pegang verbal statement, lantas mengabaikan nonverbal statement secara sengaja. Dia tahu bini dia tu cakap aje okey, tapi tak okay sebenarnya. Tapi sebab dia malas nak pick up bini dia sebab sibuk nak gi Bukit Jalil tengok red warrior, dia abaikan nonverbal sign tu, lantaklah dia. Dia sendiri cakap dia okey, kan?
No please. Nonverbal statement org perempuan mengatasi verbal statement diorang sebanyak 5 kali ganda. Kalau dia cakap 'ayang tak kisah' dengan wajah sedikit kelat (amat sedikit yg kalau somi agak bebal takkan perasan), bermakna dia kisah 5 kali ganda.
Kalau awek korang ckp I tak kisah tak dapat birthday gift pun. Dan kalau betul-betul korang tak kasi. 7 keturunan dia akan ingat. Ingat perempuan bukan fakta, tapi emosi, so watch out diorang punya nonverbal expressions.
7) Berikan dia kehidupan terbaik. Sometimes, benda yang nak kita marahkan bukan originated daripada kehendak dia. Mungkin family, background, persekitaran, keadaan, mentaliti, dan kelemahan azali makhluk bernama manusia. Tak berbaloi untuk beri tekanan perasaan dan mendinginkan diri dengan niat 'perang', atau membalas dendam psikologi. Just be positive. Kita ada amanah, dan amanah itu perlu kita berikan kepada yang hak. Berikan hak isteri korang untuk mendapat suami terbaik.
8) Berikan annual leave atau off untuk House Manager korang. Beri dia hari untuk dia bebas, break away sekejap dari kerja-kerja rutin dia.
9) Cium dia sebaik bangkit tidur.
10) Cintai dia sepenuh hati. Nescaya dia akan cintai kita sepenuh jiwa. Dan nescaya dia tak akan teragak-agak untuk beri kebenaran kepada korang andai timbul keperluan nanti untuk korang kahwin lagi seorang.